Tuesday, January 06, 2004

kerja kerja kerja, ari ni last day kerja, esok replacement killer utk cuti aku. Semlm lepak dengan zdrake,altaf sampai kui 1.30pagi. Borak Borak di khalil bukit jambul (belakang kayu nasi kandar). Tengok satu IC [m27c256b ], macam EEPROM tak sure tapi aku salin no tu dalam hp aku. Banyak benda menarik sembang pasai desktop interface,OS,Hacker hacker power etc etc.

Dapat call dari KDU, nak pass duit balance dari cek KWSP aku. Postpone kejap, aku nak counter cek dengan resit aku, ops!!!! blog later nak balik umah...

Monday, January 05, 2004

install webmin kat linux.mys.agilent.com (internal server) dalam tempat keja aku (petang kelmarin). Spec pc 166MHz, 80MB edo RAM,10/100Mbps AMD network card. Server ni running OpenBSD 3.4 aku install guna ftp server. Setakat ni tak dak masalah, sampai umah dalam kui 8.45pm, pi pekena mee goreng pastu siap order tambah kui teow goreng lagi... perut tong aku semlm kenyang sampai pagi :). Sesampai jer terus install Slackware 9.1 ambik dari Altaf time kuar lunch kemarin. Lama gaks install dekat 2.5GB saiz (aku install full) atas HDD quantum 6.4GB yg tunggu masa nak crash. Belum sempat aku abis install CD1, aku terlena terus letih nyer pasal (kerja 12jam beb). Sedar jer dah kul 11.30PM, tengok CDROM dah ter"eject" mintak aku masukan CD2 laks, sumbat CD2 terus jalan. Aku turun dapur cari air, tekak aku dahaga badan panas kering urkkkhhh, pastu solat Isyaq. Then "melopong" balik PC 200MHz aku tu. Herm semua dah sedia install, masa utk configure lilo ambik advance setting, aku tak berapa percaya sangat "Auto install lilo" banyak kali kena tipu... dah lamer dah!!!!!.....(Ala tok det :) ).
Sampai "network configuration" aku select DHCP aku pakai router BEFW11S4 set DHCP terus jalan. Pastu reboot, jam dah kui 1.00pagi aku tak abis set lagi X lagi. Dok godek godek jumpa command "xfree86setup" benda baru bagi aku dalam slack 9.1 ni, time version 3.5 dulu main "xf86config". Yg best benda ni, dia "auto" cari display card yg compatible dengan display aku yg "built-in" kongsi memori dengan memori utama pc aku (200MHz). Ada gaks kekurangan, kena edit manual setting besar display yg aku nak (800x600) di /etc/X11/XF86Config. Herm tangguh le, jap tidoq esok mau keja. Sebelum tu masuk router set port forwarding dari port 0 - 80.

Aku masih kat kilang lagi, mlm ni ada kelas OS (Operation Strategi) ok balik time...

Sunday, January 04, 2004

start keja sampai hari selasa, cuti. Isnin kelas mula start 5/1/2003, semester ni ada 3 subjek Design,Project & OS (Operation strategy). Hari hari sibuk aku akan bermula, lepas kerja mlm masuk kelas sampai kui 10.00pm. Unit Fail sebijik kena tukaq ALC (Automatic Level Control), renyah sebab banyak screw kena buka. Dalam kepala dok piki jadi engineer ke best atau IT stuff people. Ingat nak buat dua dua, kena choose which one herm.... dari masa aku banyak buang masa depa pc ambik tau segala benda related pc,network,OS & wireless. Engineering stuff aku langsung tak ambik tau (aku dah tak minat engineering ker) iskh.. Kena berdoa mintak petunjuk ni... Jam kat pc ni dah menunjukkan 3.31PM break time aku, ok lepak jap pi cari air, malas dah nak klua tgh ari tadi pi umah Altaf petang ni lepak dalam Agilent jerla.. ok jom minum

Saturday, January 03, 2004

hari ni ari paling lepak, dari pagi sampai petang, lepak saja. Sempat gaks buat kerja rumah buang sampah, umah kg biasa ler penuh dengan daun daun kering dimusim kemarau ni. Tgh ari tadi aku gi KFC beli "Pocket Of Persia" saja nak test, bagi aku "twister" sedap lagi. Makan separuh letak dalam freezer. Blog dalam BM hehehe, lantak ler.

Semlm donlod seattlewireless tv utk bulan Disember Disember show file type bittorent, nak donlod make sure anda install Bittorent atau guna shareaza. Best kalau follow dari bulan Julai.

Clik sini utk bulan Julai,Ogos,October,November. September tak der lak.

Thursday, January 01, 2004