Monday, September 24, 2007

lawak lagi

lawak

Matahari
Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.
Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"
Orang gila 2 : "Tahu apa?"
Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya
tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku
mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."
Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan
apa
yang berlaku:
Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
Doktor : "Kenapa?"
Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat
tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."
Doktor : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini
nanti..."
Doktor : "???"

 
Setem
Disebuah negeri terdapat beberapa orang Raja yang memerintah. Raja-raja di
negeri itu pulak ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang terkenal
dengan kediktatorannya.
Pada satu hari Perdana Menteri tersebut telah merasmikan pembukaan pejabat
pos. Apabila beliau melawat pameran sempena perasmian pejabat pos
berkenaan
beliau terkejut kerana hampir kesemua setem-setem yang dipamirkan
mempunyai
gambar-gambar Raja. Beliau dengan angkuhnya memanggil pengarah jabatan pos
dan menyuruhnya menggantikan muka-muka Raja tersebut dengan wajahnya.
Selang beberapa hari beliau berbangga kerana muka-muka Raja tersebut telah
tiada dan wajahnya yang tertera di situ. Selepas seminggu berlalu, beliau
mendapat berita yang mengatakan surat-surat yang dipos tidak ditampal
dengan setem wajahnya.
Dengan marahnya beliau telah memanggil pengarah jabatan pos dan bertanya
mengapa kesemua surat-surat tidak ditampal dengan setem wajahnya. Pengarah
mengatakan bahawa setem-setem tersebut tidak lekat apabila ditampal kerana
semua pengguna tidak meludah setem itu di belakang setem sebaliknya
meludah
di bahagian hadapan setem.

 
Cuti Sakit
Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar
sebagai ibunya.
Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6
hijau?
Cikgu : Ya, saya.
Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?
Salmah : Emak saya...
 
Masjid Jamek
Pada suatu hari yang damai, Tipah berjalan menuju ke stesyen LRT yng
berdekatan dengan rumahnyer. Sesampainyer dia di situ, dia terus bergerak
ke kaunter dan dengan senyuman yang menyeringai dan ramahnyer dia terus
bertanya, "Kak ....Masjid Jamek berape?".
Akak jaga kaunter tu kebetulan pulak baru dapat call dari kawan dia. Kawan
dia report yang suami dia tgh dating ngan awek lain. Dengan rasa marah dan
poyo yg masih bersisa maka akak kaunter pon jawab, " Masjid Jamek ade satu
jek."

 
Parti
Hamid baru mendapat tahu dia akan ditukarkan ke Pulau Pinang kerana
dinaikkan pangkat.
"Semua kawan saya akan mengadakan parti secara besar-besaran dan telah
menempah supaya diadakan pertunjukan bunga api bagi meraikan pemergian
saya" kata Hamid kepada Wahub.
"Baguslah tu. Habis kenapa pulak yang kau bersedih ni?" tanya Wahub.
Jawab Hamid, "Saya tidak dijemput..."
 
Temuduga warden
Suatu hari datang seorang pemuda untuk ditemuduga bagi jawatan warden
sebuah penjara.
Pegawai :Awak ada pengalaman ke?
Pemuda :Tak ada.
Pegawai :Awak mesti dasyat kalau dapat keje kat sini.
Pemuda : Kenapa tuan?
Pegawai : Banduan di sini ganas-ganas semuanya. Boleh ke awak handle?
Pemuda : Ooohhh...tak ada masalah. Kalau diorang menyusahkan saya, saya
keluarkan je!!

No comments: